suria

Remaja Maut Ditetak Rakan Sekerja Bapa

TUARAN: Seorang remaja lelaki maut ditetak oleh rakan sekerja bapanya di sebuah rumah di Kampung Lubok, Kiulu di sini Rabu.

Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Dzulbaharin Ismail berkata, dalam kejadian pukul 2.20 petang itu, mangsa yang berusia 15 tahun mati di tempat kejadian akibat cedera parah selepas terkena tetakan di leher.

"Motif kejadian dipercayai akibat perselisihan faham di tempat kerja antara bapa mangsa dengan suspek. Bapa mangsa dan suspek bekerja di sebuah syarikat yang sama," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, susulan kejadian itu pihaknya telah menahan seorang lelaki berusia 66 tahun di kampung itu kira-kira pukul 4 petang Rabu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain