Bekas Pembantu Tadbir Pejabat MB Selangor Direman - Semasa | mStar

Bekas Pembantu Tadbir Pejabat MB Selangor Direman

Gambar hiasan.

SHAH ALAM: Seorang bekas pembantu tadbir di pejabat Menteri Besar Selangor direman selama tiga hari bermula Khamis, bagi membantu siasatan kes rasuah dan salah guna kuasa dalam pemberian projek membekal cenderahati ke pejabat Menteri Besar Selangor pada 2016.

Perintah tahanan reman ke atas wanita berusia 38 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Shah Alam, Khairul Nizam Abu Bakar.

Turut ditahan reman selama tiga hari ialah seorang pemilik syarikat pembekalan cenderahati berusia 59 tahun dan isterinya yang berusia 52 tahun.

Pada Rabu, media melaporkan bahawa bekas kakitangan pejabat Menteri Besar terbabit disyaki menerima wang rasuah sebanyak RM16,566 daripada pemilik syarikat pembekalan cenderahati itu tahun lepas, sebagai balasan mengesyorkan syarikat itu sebagai pembekal cenderahati kepada pejabat berkenaan.

Isteri pemilik syarikat pembekalan cenderahati itu ditahan kerana dipercayai bersekongkol dengan kedua-dua suspek.

Siasatan ke atas ketiga-tiga suspek yang ditahan pada Rabu dibuat mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. - Bernama

Artikel Sebelum

“Iqbal Tak Perlu Hadap Muka Saya Lagi”

Artikel Berikut

Remaja Maut Ditetak Rakan Sekerja Bapa

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain