suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Model Sambilan Tak Kisah Parut Muka...

Atikah Juliana Ishak.

GEORGE TOWN: Model sambilan, Atikah Juliana Ishak bersyukur kerana terselamat dengan cedera ringan selepas terlibat dalam nahas bas yang mengorbankan lapan orang.

Dia merupakan salah seorang daripada 57 penumpang yang terlibat dalam kemalangan membabitkan dua bas kilang di Kilometer 147 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dekat plaza tol Juru, awal pagi Selasa lalu.

Atikah yang menerima tujuh jahitan di bahagian dahi dan dua lagi di dagu berkata, dia terlelap semasa kejadian berlaku.

"Kepala saya masih sakit. Pihak hospital memberikan saya ubat untuk mengurangkan rasa sakit, dan walaupun ia boleh buat saya rasa mengantuk, saya tak fikir boleh tidur lena," katanya pada Rabu.

"Saya tidak kisah parut di muka akan menjejaskan pendapatan saya sebagai model, kerana saya lakukannya sekadar suka-suka. Saya cukup bersyukur kerana masih lagi hidup," katanya.

Atikah yang menetap di Kuala Kurau, Perak bersama ibu dan dua beradiknya berterima kasih kerana menerima banyak kata-kata semangat daripada para pengikutnya di media sosial.

Seramai 30 mangsa masih dirawat di empat hospital, dengan lima daripadanya dalam keadaan kritikal.

Atikah Juliana Ishak

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Tapir Mati Di Tangan Siapa?

Artikel Lain