suria

Kebakaran Tahfiz: KP Bomba Turun Padang

PETALING JAYA: Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim membatalkan majlis yang sepatutnya dihadirinya di Terengganu untuk memantau operasi kebakaran di sebuah pusat tahfiz yang mengorbankan lebih 20 nyawa, awal pagi Khamis.

Jurucakap jabatan itu berkata, Wan Mohd Nor amat mengambil berat mengenai perkembangan tragedi itu dan menyifatkan ia tragedi terburuk selepas kebakaran pada 1989 yang meragut 27 nyawa pelajar tahfiz perempuan di Sekolah Menengah Agama Taufikiah Al-Halimiah di Kampung Padang Lumat, Kedah atau lebih dikenali sebagai Pondok Pak Ya.

Wan Mohd Nor Ibrahim.

Akibat kebakaran tersebut sebanyak lapan buah blok asrama yang diperbuat daripada papan ketika itu telah musnah dijilat api dan majoriti yang terkorban akibat terhidu bau asap tebal.

Kajian menunjukkan kebanyakan kebakaran di pusat tahfiz berlaku kerana kurangnya kesedaran mengenai aspek keselamatan apabila berlaku kebakaran dan pembinaan sekolah tersebut yang tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa berkaitan termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Jurucakap bomba berkata Wan Mohd Nor akan tiba di Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat, lokasi kejadian kira-kira pukul 11 pagi Khamis.

pusat tahfiz, kebakaran

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Malang Berbau, Ubatnya Minum Susu

Artikel Lain