suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

'Datuk' Antara Empat Ditahan SPRM

PETALING JAYA: Empat lelaki, termasuk seorang 'Datuk' ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penyelewengan berjumlah kira-kira RM40 juta.

Individu yang bergelar Datuk itu merupakan ketua eksekutif di sebuah syarikat, ditahan bersama seorang setiausaha dan seorang pegawai pembantu kewangan di bawah perbadanan yang sama.

Suspek keempat yang mempunyai gelaran kehormat 'Dr' merupakan pengarah di syarikat lain.

Keempat-empat suspek ditahan dalam satu operasi di Kuala Lumpur antara pukul 4.30 petang dan 6 petang.

Difahamkan, penyelewengan itu bermula pada 2016.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki mengesahkan penahanan tersebut.

SPRM

Artikel Sebelum

Artikel Lain