suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jurutera TNB Ditahan Didakwa Terima Rasuah

PETALING JAYA: Seorang jurutera bahagian perancangan Tenaga Nasional Bhd (TNB) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana didakwa menerima rasuah berjumlah RM32,000.

Suspek berusia 53 tahun itu ditahan di kawasan parkir Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada kira-kira pukul 3 petang Rabu.

Sumber berkata, suspek menerima suapan daripada seorang pelanggan TNB bagi mempercepatkan permohonan yang dikemukakan pada Disember tahun lalu.

Permohonan tersebut bertujuan untuk menaik taraf bekalan elektrik di sebuah kilang di Shah Alam, dan didakwa rasuah itu dibuat menerusi bayaran sebanyak dua kali.

Bagaimanapun, permohonan itu tidak diproses.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki mengesahkan penahanan tersebut.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Harga Petrol, Diesel Naik

Artikel Lain