suria

Hos TV Azizul Ammar Didakwa Hina Watson Nyambek

Azizul (tengah, berbaju biru) dibawa ke mahkamah.

SIBU: Bekas pengacara sebuah program televisyen didakwa di Mahkamah Majistret di sini kerana menghina Watson Nyambek selepas didakwa membuat kenyataan mempersendakan mendiang bapa bekas jaguh pecut negara itu.

Azizul Ammar, 30, dari Segambut, Kuala Lumpur didakwa di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana menghina dengan niat yang disengajakan untuk mencetuskan gangguan keamanan.

Penerbit program, Abdul Ghani Mohd. Mokhtar, 41, turut didakwa atas kesalahan sama.

Jika disabitkan bersalah, hukuman penjara maksimum dua tahun, denda, atau kedua-duanya.

Majistret Saiful Sayoti membebaskan kedua-duanya dengan masing-masing dikenakan ikat jamin RM3,500 bersama seorang penjamin.

Beliau turut mengarahkan kedua-dua mereka hadir ke mahkamah pada 4 Julai depan untuk pra perbicaraan.

Kesalahan itu dilakukan pada pukul 11.30 malam pada 22 Mei di Hotel Medan.

Azizul didakwa mempersendakan nama Watson Nyambek dengan menyamakan bunyi seekor kambing semasa program komedi Sukan Tak Sentral yang disiarkan di TV3.

Artikel Sebelum

Mufti Terima Kejutan

Artikel Berikut

Artikel Lain