suria

Putus Cinta Berdarah

Gambar hiasan.

ALOR SETAR: Seorang wanita muda cedera ditikam oleh teman lelakinya menggunakan senjata tajam selepas berlaku pertengkaran kerana mahu memutuskan hubungan cinta dalam kejadian di tepi jalan berhampiran Taman Serindit, Jalan Datuk Kumbar, di sini, Isnin.

Dalam insiden pukul 7 malam itu, mangsa berusia 23 tahun dari Kampung Alor Gandas di sini telah bertemu dengan teman yang sebaya denganya untuk membincangkan soal hubungan mereka.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, suspek yang tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa yang ingin memutuskan hubungan cinta telah bertindak menikam mangsa.

"Akibat tidak dapat menerima hasrat mangsa, suspek bertindak ganas dengan menikam perut mangsa beberapa kali dan mangsa turut mengalami kecederaan di bahagian lutut dan jari akibat berlaku pergelutan," katanya dalam kenyataan, Selasa.

Beliau berkata, mangsa yang mengalami pendarahan teruk di bahagan perut telah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dan berada dalam keadaan stabil setelah diberikan rawatan.

Mohd Rozi berkata, polis sedang mengesan suspek yang berasal dari Jalan Tun Razak, di sini, dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain