suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pembinaan Runtuh, Tiga Warga Asing Cedera

KUALA LUMPUR: Tiga pekerja warga asing cedera selepas sebahagian struktur bangunan tingkat lapan sebuah bangunan dalam pembinaan runtuh di Jalan Changkat Kia Peng di sini pada Sabtu.

Kejadian kira-kira 5 petang itu berlaku ketika ketiga-tiga mangsa sedang melakukan kerja pembinaan di tingkat lapan sebelum struktur bangunan itu roboh sehingga ke tingkat tiga.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur, Khirudin Drahman berkata, seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Tun Razak diarah ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada 5.19 petang Sabtu.

"Kesemua mangsa yang cedera itu kemudian dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.

Anggota bomba juga membuat pemeriksaan lanjut bagi memastikan kawasan runtuhan dalam keadaan selamat.

"Pemeriksaan awal mendapati runtuhan berlaku akibat konkrit dan alur yang dibina, tidak kukuh," katanya.- Bernama

warga asing

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain