suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Budak Lelaki Ditemui Berkeliaran

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki ditemui berkeliaran seorang diri di tepi Lebuh Raya Grand Saga selepas Tol Batu 11, di sini menghala ke ibu negara pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Othman Nanyan berkata kanak-kanak yang dipercayai berketurunan Arab itu ditemui oleh orang awam kira-kira 4.20 petang Sabtu sebelum diserahkan kepada pihak polis.

"Kanak-kanak berusia lingkungan lima hingga enam tahun itu ditemui memakai baju T berwarna hijau dan seluar pendek berwarna biru gelap serta tidak tahu bercakap bahasa Melayu atau Inggeris," katanya dalam satu kenyataan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kanak-kanak tersebut atau keluarganya boleh menghubungi Balai Polis Batu 9 di talian 03-9075 8222. - BERNAMA

budak lelaki, PDRM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain