DAP Sarawak Cabar Pelucutan Kelayakan Adun Pujut - Semasa | mStar

DAP Sarawak Cabar Pelucutan Kelayakan Adun Pujut

Dr Ting Tiong Choon.

MIRI: DAP Sarawak akan membawa ke mahkamah bagi mencabar kesahihan pelucutan kelayakan anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pujut Dr Ting Tiong Choon oleh Dewan Undangan Negeri Sarawak berhubung dua kerakyatan.

Setiausaha parti Sarawak Alan Ling Sie Kiong yang juga seorang peguam berkata satu injunksi akan difailkan dahulu untuk membolehkan mahkamah membuat semakan kehakiman terhadap keputusan oleh dewan undangan negeri.

"Esok (Ahad), kita akan mengadakan mesyuarat tergempar di ibu pejabat parti di Kuching untuk membincangkan tindakan kita selanjutnya," kata beliau kepada pemberita ketika menyambut ketibaan Dr Ting di Lapangan Terbang Miri di sini Sabtu.

Alan berkata injunksi itu dijangka difailkan di Mahkamah Tinggi Kuching dan butiran lanjut dijangka diumumkan selepas mesyuarat tergempar parti di Kuching, Ahad.

Sementara itu, Dr Ting melahirkan keyakinan bahawa proses kehakiman adalah jalan terbaik untuk mengelakkan pilihan raya kecil bagi kerusi Pujut. - BERNAMA

DAP Sarawak , Adun Pujut

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Almy Nadia lahir anak perempuan ketiga

Peng Soon, Liu Ying tinggalkan BAM