suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiada Serangan Perisian Tebusan Di Malaysia - SKMM

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkata tiada serangan perisian tebusan dilaporkan di Malaysia, walaupun serangan siber dilaporkan berlaku di hampir 100 negara.

"SKMM terus memantau keadaan itu bersama-sama agensi penguatkuasaan lain," kata suruhanjaya itu dalam kenyataan pada Sabtu.

Bagaimanapun, SKMM menasihati rakyat Malaysia supaya segera mengambil langkah berjaga-jaga.

Langkah itu termasuk mengemaskinikan perisian masing-masing dengan jujukan (patch) terkini untuk memastikan semua hos membolehkan penggunaan penyelesaian antiperisian hasad serta segera menyalin data penting kepada pemacu keras luaran atau perkhidmatan penstroran awan, sekiranya mereka belum berbuat demikian.

"Di samping itu, jangan klik sebarang pautan meragukan dan laporkan sebarang kejadian kepada pihak berkuasa dengan secepat mungkin," kata SKMM.

Menurut laporan, serangan siber perisian tebusan melanda organisasi di seluruh dunia dan antara pihak yang paling terus terjejas ialah Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) di England. - BERNAMA

SKMM

Artikel Berikut

Artikel Lain