suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gaduh Di Surau: Polis Tahan Empat Individu

JOHOR BAHRU: Polis menahan empat lelaki bagi membantu siasatan kes pukul seorang lelaki di hadapan sebuah surau di Taman Austin Perdana di sini, Jumaat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk  Kamarul Zaman Mamat berkata kesemua mereka yang berumur antara 21 dan 55 tahun itu ditahan di depan surau berkenaan pada pukul 1 pagi ini. Katanya kesemua suspek akan disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Kejadian yang dipercayai berpunca daripada kesesakan lalu lintas di kawasan itu sehingga menyukarkan pergerakan kenderaan seorang pemandu, telah menjadi tular di laman sosial Jumaat.

Ini berikutan tindakan sekumpulan lelaki dipercayai jemaah masjid didapati merusuh dan memukul pemandu terbabit setelah mangsa bertindak membunyikan hon ketika solat Jumaat sedan berlangsung.

Kamarul Zaman berkata orang ramai turut diingatkan agar tidak menyebarluaskan kejadian berkenaan dan mengeluarkan sebarang komen yang boleh mendatangkan kemudaratan.

“Kita akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang masih degil dengan menyemarakkan api kemarahan," katanya. -Bernama

surau, gaduh

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain