suria

PRU14: BN Letak Calon MCA Di Gelang Patah?

JOHOR BAHRU: Barisan Nasional (BN) Johor bersetuju meletakkan calon MCA untuk bertanding kerusi Parlimen Gelang Patah yang disandang oleh pemimpin veteran DAP,  Lim Kit Siang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Pengerusi BN negeri merangkap Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata calon itu, bagaimanapun, akan ditentukan oleh pucuk kepimpinan BN pusat.

"BN Johor akan meletakkan calon di semua tempat...tidak akan ada yang terlepas termasuk Gelang Patah yang kita telah bersetuju letakkan calon MCA," katanya, yang juga Pengerusi Umno Johor,  pada sidang media selepas mempengerusikan Badan Perhubungan Umno Negeri, di sini, Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pengumuman Kit Siang dalam satu ceramah di sini malam tadi bahawa beliau akan mempertahankan kerusinya pada PRU-14.

"Saya ucapkan selamat berjaya kepada beliau (Lim Kit Siang)," katanya sebagai merujuk kepada keputusan pemimpin veteran parti pembangkang itu.

Pada PRU-13, pada 2013, Kit Siang menewaskan bekas Menteri Besar Johor, Tan Sri Abdul Ghani Othman dengan majoriti 14,762 undi. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain