suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Saya Tak Khianati Orang Melayu - Tun M

Tun Mahathir

JOHOR BAHRU: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak mengkhianati masyarakat Melayu apabila membentuk satu pakatan dengan DAP selepas bertahun-tahun menentang parti itu.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu berkata, beliau mengambil keputusan untuk bekerjasama dengan pembangkang hanya kerana beliau mempunyai rasa cinta kepada negara.

"Ramai orang Melayu marah bila saya untuk duduk di sebelah Lim Kit Siang dan begitu juga orang Cina, ramai yang tidak berpuas hati.

"Orang Cina berasa dikhianati oleh Lim dan orang Melayu rasa dikhianati oleh saya tetapi kami tidak mengkhianati sesiapa.

"Kita semua adalah rakyat Malaysia dan kita hanya mahu negara ditadbir dengan baik," katanya pada majlis makan malam kutipan dana anjuran pejabat Ahli Parlimen Gelang Patah di sini, Jumaat.

Dr Mahathir berkata parti-parti pembangkang tidak boleh menang pilihan raya dan membentuk kerajaan secara bersendirian, dan ia hanya dapat dicapai jika mereka semua bekerjasama.

Tun M, orang Melayu, PPBM, DAP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Antara Benar Atau Palsu

Artikel Lain