suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

JJPTR: Polis Minta Pelabur Ditipu Buat Laporan

Khalid Abu Bakar.

SHAH ALAM: Polis meminta pelabur skim kewangan JJPTR yang berpangkalan di Pulau Pinang supaya membuat laporan sekiranya mereka ditipu.

"Apa sahaja kes melibatkan deposit seperti ini akan disiasat bersama dengan Bank Negara.

"Saya harap mereka yang telah ditipu tampil membuat laporan polis," kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

JJPTR menjadi perhatian selepas pelabur mengadu mereka tidak mendapat bayaran seperti yang dijadualkan pada bulan lalu.

Syarikat itu mendakwa akaunnya digodam, mengakibatkan kerugian kira-kira RM500 juta.

Artikel Lain