suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rasuah Tanah Wakaf: Bekas Pengerusi, Setiausaha Masjid Direman

MELAKA: Bekas pengerusi dan bekas setiausaha jawatankuasa sebuah masjid di sini direman empat hari bermula Rabu bagi membantu siasatan kes rasuah dalam proses penjualan tanah wakaf masjid berkenaan.

Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Melaka Mohd Anuar Ostadi membenarkan kedua-dua suspek direman selepas mendengar permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kedua-dua lelaki berkenaan yang berpakaian kemeja-T hitam dan seorang lagi kemeja merah dibawa ke Kompleks Mahkamah Melaka di Ayer Keroh di sini kira-kira 10.40 pagi ini untuk permohonan reman itu.

Media melaporkan suspek berusia 61 dan 46 tahun itu dipercayai menerima wang sogokan bernilai RM116,000 bagi melancarkan proses jual beli tanah wakaf milik masjid itu di Kampung Bukit Cina, di sini.

Mereka ditahan kira-kira 7 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Negeri Melaka di sini.

Dua individu terbabit disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009 dan Seksyen 405 Kanun Keseksaan.

Kedua-dua suspek dipercayai telah menerima wang rasuah daripada seorang lelaki bukan Islam dalam proses jual tanah wakaf itu pada 2012. -- Bernama

SPRM, tanah wakaf, Ayer Keroh

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain