Tak Yakin Wanndy Maut - KPN - Semasa | mStar

Tak Yakin Wanndy Maut - KPN

SHAH ALAM: Polis tidak yakin ketua pengganas militan Negara Islam (IS), Muhammad Wanndy Mohamed Jedi maut.

"Kita tidak pasti mengenai laporan (berhubung kematiannya) dan masih memeriksa sekiranya dia benar-benar terbunuh.

"Mungkin ada sebab untuk dia mengatakan telah meninggal dunia. Kita tahu perkara ini," kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Khalid mendedahkan polis telah bercakap dengan keluarga Muhammad Wanndy di Melaka berhubung perkara tersebut.

"Tetapi kita masih ragu-ragu," katanya tanpa mengulas lanjut.

Berita mengenai kematian Muhammad Wanndy tersebar berikutan kenyataan yang dikeluarkan isterinya, Nor Mahmudah Ahmad, 28, di Facebook pada Sabtu lalu.

Nor Mahmudah memberitahu suaminya mungkin terbunuh dalam serangan dron di Syria.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Maut Dihempap Jengkaut

Artikel Lain

Derita si janda muda