suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Model Pandu Lawan Arus Direman Empat Hari

BUKIT MERTAJAM: Remaja perempuan yang memandu secara melawan arus di Lebuhraya Utara-Selatan dekat sini pada Selasa direman empat hari mulai Rabu bagi membantu siasatan ke atas tindakannya itu yang turut meragut nyawa seorang juruteknik.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Dianne Ningrad Nor Azahar di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Remaja berusia 19 tahun yang bekerja sebagai model sambilan itu ditahan polis di tempat kejadian berhampiran susur masuk ke Permatang Pauh pada Selasa.

Dalam kejadian pukul 7.50 pagi di Km 134, Lebuhraya Utara-Selatan itu, remaja yang memandu kereta jenis Proton Gen-2 secara melawan arus dari Sungai Dua menghala Butterworth telah melanggar bahagian hadapan kereta Perodua Kelisa yang dipandu Mohamad Fandi Rosli, 26.

Mohamad Fandi, juruteknik sebuah kilang di Perai yang ketika itu dalam perjalanan pulang selepas habis bekerja mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

Beliau yang baru tiga bulan berkahwin meninggalkan isteri yang sedang mengandung. - BERNAMA


Artikel Lain