suria

Perkhidmatan Imigresen Di KLIA Diiktiraf Terbaik Di Dunia

AMSTERDAM: Perkhidmatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) diiktiraf dan dianugerahkan sebagai Perkhidmatan Imigresen Lapangan Terbang Terbaik Dunia pada Majlis Anugerah Lapangan Terbang Dunia SKYTRAX di Ekspo Terminal Penumpang di Amsterdam, Belanda, Selasa.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata kemenangan itu mencerminkan tahap perkhidmatan tinggi warga kerja Jabatan Imigresen di KLIA selaras dengan slogan Integriti Profesional Mesra yang sentiasa diterapkan dalam penyampaian perkhidmatan Jabatan Imigresen.

"Berdasarkan maklum balas yang diterima, ia bukan sahaja dari segi kecekapan keseluruhan perkhidmatan, malah kualiti dan budi bahasa anggota yang bertugas dengan mengutamakan kedaulatan, keselamatan dan kesejahteraan negara, di samping kerjasama pelbagai pihak, khususnya Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) dan pengendali Syarikat-Syarikat Penerbangan," katanya.

Anugerah Lapangan Terbang Dunia itu adalah berasaskan kajian daripada 13.82 juta responden melibatkan lebih 105 rakyat pelbagai negara yang menaiki pesawat, meliputi lebih 580 lapangan terbang di seluruh dunia.

Kajian itu menilai pengalaman pengguna merentas 580 perkhidmatan lapangan terbang berlainan dan faktor produk, daripada pemeriksaan masuk, ketibaan dan pemindahan, sehinggalah pelepasan.

Kualiti dan hospitaliti menjadi keutamaan dalam aspek penilaian.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain