suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pokok Ganja Ditanam Dalam Pasu Bersama Cili

AMPANG JAYA: Taktik menanam pokok ganja bersama tanaman cili dalam pasu yang sama akhirnya terbongkar apabila polis berjaya menghidu kegiatan itu di sebuah rumah di Kampung Cheras Baru di sini Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, hasil maklumat risikan, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik menyerbu rumah yang disewa seorang buruh tempatan berusia 30-an itu pada pukul 9.10 malam.

"Hasil pemeriksaan menemukan dua pokok ganja dengan ketinggian 47 hingga 60 sentimeter ditanam bersama pokok cili di dalam sebuah pasu besar di halaman rumah.

"Polis juga menemukan tiga batang anak pokok dengan ketinggian antara 10 sehingga 25 sentimeter yang ditanam dalam bekas kecil yang diletakkan di atas pam tandas rumah itu," katanya pada sidang media di sini, Rabu.

Hamzah berkata turut dirampas sepaket plastik berisi ceraian dedaun kering disyaki dadah jenis ganja seberat 4.80 gram yang telah diproses dan bernilai RM100 serta beberapa benih pokok ganja.-- Bernama



ganja, cili, Ampang Jaya

Artikel Lain