suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Imigresen Johor Turut Pantau Pintu Sempadan

Rohaizi Bahari

JOHOR BAHRU: Jabatan Imigresen Johor akan memastikan tiada warga Kedutaan Korea Utara meninggalkan negara ini menerusi pintu di sempadan Johor-Singapura.

Pengarahnya Datuk Rohaizi Bahari berkata langkah itu akan dilaksana sehingga ada keputusan sebaliknya daripada kerajaan.

"Pemeriksaan imigresen seperti biasa cuma pelaksanaannya sama seperti kes rakyat Malaysia yang tidak dibenarkan keluar jika mereka dalam senarai hitam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan sebagainya," kata beliau ketika dihubungi Bernama, Selasa.

Pada Selasa, Malaysia mengeluarkan arahan melarang pegawai dan kakitangan Kedutaan Korea Utara daripada meninggalkan negara ini, berkuat kuasa serta-merta.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri berkata arahan itu adalah sebagai tindak balas terhadap Korea Utara yang menyekat warga Kedutaan Malaysia di sana daripada meninggalkan negara itu. -Bernama

Artikel Berikut

Artikel Lain