suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Enam Kenderaan Bertembung, Penunggang Motosikal Maut

GAMBAR HIASAN

PORT DICKSON: Seorang penunggang motosikal maut manakala seorang pemandu kereta cedera dalam kemalangan membabitkan enam kenderaan di KM21, Lebuhraya Seremban-Port Dickson arah Serembah, di sini pada Rabu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi itu, kereta Perodua Myi yang dipandu mangsa terbakar dan pihak bomba mengambil masa dua jam untuk memadamkan api.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson, Mohamed Gadaffi Abd Manaf berkata pemandu kereta berkenaan dilaporkan cedera dan dibawa keluar oleh orang ramai manakala penunggang motosikal itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Katanya, empat buah kenderaan lain bagaimana hanya terbabit dalam kemalangan kecil dipercayai cuba mengelak kemalangan itu.

Bagaimanapun, kesemua mangsa tidak mengalami kecederaan.

"Ketika sampai ke lokasi kejadian, pemandu kereta jenis Perodua Myvi telah pun dibawa keluar manakala penunggang motosikal telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang sampai ke tempat kejadian," katanya kepada Bernama di sini.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Port Dickson untuk dibedah siasat manakala pemandu kereta yang cedera turut mendapat rawatan lanjut di hospital sama.

Kemalangan

Artikel Lain