suria

Remaja Gagal Buang Bayi Ditahan

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang remaja perempuan berumur 19 tahun dipercayai cuba membuang bayi lelaki yang baru dilahirkannya di belakang rumahnya di Bandar Utama, Batang Kali, Hulu Selangor awal pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt R. Supramaniam berkata, remaja itu mendakwa menemui bayi lelaki yang dibalut kain hitam dan masih bertali pusat itu tergantung pada jeriji tingkap biliknya selepas mendengar tangisan bayi itu pada kira-kira pukul 7.30 pagi. 

"Hasil siasatan mendapati remaja itu yang merupakan anak perempuan pemilik rumah berada dalam keadaan mencurigakan dan lemah menyebabkan polis menahannya untuk membantu siasatan," katanya ketika dihubungi.

Supramaniam berkata, remaja itu akhirnya mengaku melahirkan bayi itu di dalam biliknya pada pukul 6.45 pagi.

Kelahiran itu hasil hubungan dengan teman lelakinya.

Remaja itu menipu ibunya dengan menyatakan bahawa dia terjumpa bayi tersebut pada jeriji tingkap belakang rumahnya. 

Beliau berkata, polis turut menahan seorang lelaki berusia 17 tahun iaitu teman lelaki remaja berkenaan bagi membantu siasatan. 

Katanya, remaja itu turut ditahan dan dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk pemeriksaan dan rawatan. 

Kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi. - Bernama

Artikel Lain