suria

Semua Lapangan Terbang Selamat - Liow

Liow Tiong Lai.

KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai memberi jaminan kepada rakyat Malaysia bahawa lapangan terbang di negara ini selamat berikutan kawalan keselamatan yang ketat.

"Lapangan terbang adalah selamat, dan kami akan terus mengukuhkan keselamatan di sini," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Pusat Pengajian Polisi dan Sosial Tun Tan Cheng Lock di Universiti Tunku Abdul Rahman (Kampus Sungai Long).

Ini berikutan pembunuhan abang tiri pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (klia2) pada 13 Februari lalu.

Jong-nam maut selepas diserang dua wanita dengan cecair beracun di mukanya.

Cecair beracun itu dikenal pasti sebagai agen saraf VX yang disifatkan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai senjata pemusnah besar-besaran.

Klia2 diisytiharkan sebagai selamat selepas polis, Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat melakukan pemeriksaan secara menyeluruh.

klia2, agen saraf VX, Kim Jong-nam

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain