suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tempoh Tahanan Reman KSU KKLW, Seorang Anak Lelaki Dilanjutkan

Pegawai SPRM membawa keluar Datuk Mohd Arif Ab Rahman selepas mendapatkan perintah reman tujuh hari untuk membantu siasatan kes salah guna kuasa dan menerima suapan di Mahkamah Majistret Putrajaya 5 Januari lalu. -fotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah diberi masa tambahan untuk menyoal siasat Datuk Mohd Arif Ab Rahman berhubung dakwaan rasuah dan salahguna kuasa.

Majistret Nik Tsfahanie Tasnim Wan Ab Rahman pada Rabu membenarkan Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu serta anak lelakinya yang berusia 34 tahun ditahan reman selama empat hari lagi bagi membolehkan kedua-dua mereka terus disiasat berhubung dakwaan rasuah, pengubahan wang haram dan penyalahgunaan kuasa.

Bagaimanapun, seorang lagi anak lelakinya yang berusia 29 tahun telah dibebaskan dengan ikat jamin.

Ketiga-tiga mereka tiba di Mahkamah Majistret di sini pada pukul 9.55 pagi menaiki kereta berasingan sambil menutup wajah masing-masing.

Mohd Arif telah ditahan oleh pegawai-pegawai SPRM di rumahnya di USJ3, Subang Jaya pada Rabu lepas.

Dua anaknya ditahan di ibu pejabat SPRM di sini setelah mereka dipanggil untuk disoal pada hari yang sama.

Pada hari berikutnya, Mahkamah Majistret bersetuju terhadap permohonan SPRM untuk ketiga-tiga mereka ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

Penyiasat setakat ini telah menemui wang tunai dan jongkong emas bernilai lebih RM6 juta, tambahan kepada 150 buah beg tangan dan jam tangan mewah yang ditemui sebelum ini.

Plot tanah di sekitar Lembah Klang, yang didaftarkan di bawah nama ahli-ahli keluarga Mohd Arif juga ditemui.

tahan reman, kes rasuah, KSU KKLW

Artikel Lain