suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pegawai Pertahanan Awam Maut Kemalangan

JOHOR BAHRU: Seorang pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia maut dalam kemlanagan di Jalan Tebrau-Kota Tinggi, berhampiran Pasar Borong Pandan.

Kamaruzalipah Muhamad, 42, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.

Menurut Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Tebrau Mohd Shazarul Afidz Mohd Khairuddin, kemalangan itu berlaku apabila sebuah kereta Volkswagen tiba-tiba memasuki laluan bertentangan, merempuh kereta Kenari yang dipandu oleh Kamaruzalipah.

Pemandu kereta Volkswagen, yang dikenali sebagai Chan Kian Woon, 26, dan seorang penumpang, Phan Ti Kieu Tien, 19, dari Vietnam hanya cedera ringan dalam kejadian pada pukul 12.20 pagi Selasa.

Mereka telah dihantar ke Hospital Sultan Ismail untuk rawatan.
kemalangan maut, Pertahanan Awam

Artikel Sebelum

Artikel Lain