suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rusuhan Parlimen: 11 Individu Dibebaskan

KUALA LUMPUR: Sebelas individu termasuk seorang anak timbalan menteri yang mencetuskan kekecohan di Parlimen minggu lalu telah dibebaskan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata mereka yang ditahan dibebaskan dengan jaminan polis pada Sabtu.

"Mereka ditahan semalaman dan dibebaskan dengan jaminan polis.

"Kami masih menyiasat kes itu yang diklasifikasikan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Dilaporkan bahawa 10 individu ditahan manakala seorang lagi wanita bertindak menyerah diri kepada polis pada Jumaat lalu.

Pada Khamis, polis mengenal pasti mereka yang terlibat dalam kekecohan berkenaan termasuk Firdaus Tajuddin, anak Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman.

Rusuhan Parlimen

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain