suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Amaran Angin Kencang Hingga Rabu

KUALA LUMPUR: Angin kencang timur laut berkelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam (kmsj) dijangka berlaku di perairan Condore, Reef North, Palawan dan Layang-Layang bermula Isnin sehingga Rabu ini.

Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan berkata keadaan angin kencang dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter itu berbahaya kepada bot-bot kecil, aktiviti rekreasi laut dan sukan laut.

Dalam pada itu, jabatan tersebut turut mengeluarkan amaran ribut petir dengan angin kencang sehingga 50kmsj di perairan Tioman, Condore, Reef South, Perairan Pahang dan Johor Timur sehingga lewat pagi Isnin.

Keadaan tersebut berbahaya kepada bot-bot kecil.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain