suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MIC Setuju Cadangan Agihan Kerusi Berdasarkan Kriteria Calon

Dr S. Subramaniam

KUALA LUMPUR: MIC menerima cadangan supaya pembahagian kerusi antara parti komponen Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dibuat dengan memberi keutamaan kepada aspek calon boleh menang dan disukai pengundi. 

Sehubungan itu, Presiden MIC, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata parti itu akan mencari calon berkualiti serta berkebolehan bagi memastikan kemenangan BN.

"Kami (MIC) berpegang kepada prinsip apa sahaja keputusan BN dibuat berdasarkan kata sepakat termasuk perkara berkaitan agihan kerusi dalam PRU kelak," katanya kepada pemberita selepas program Dialog Blueprint Masyarakat India, di sini, Ahad.

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata pemilihan calon BN bagi PRU14 dijangka tidak lagi berdasarkan kuota parti, sebaliknya memberi keutamaan kepada calon boleh menang dan disukai pengundi kawasan berkenaan.

Dr Subramaniam seterusnya berkata MIC akan bekerjasama dengan BN untuk memilih dan memastikan calon terutama daripada parti itu merupakan calon yang memenuhi kriteria itu. -Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Lain