Walau Dihina, Ibrahim Ali Tetap Hormati Tun M

KUALA LUMPUR: Presiden Pribumi Perkasa (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali menegaskan beliau tetap menghormati Tun Dr Mahathir Mohamad meskipun bekas perdana menteri itu malu untuk berkawan dengannya.

"Tak apalah saya tak kisah. Saya tetap menganggap Tun bukan sahaja sebagai kawan, negarawan yang terbilang. Saya juga tetap menghormati beliau.

"Walau macam mana penghinaan beliau, saya tidak sesekali ada niat sebesar zarah untuk memperkecilkan Tun," katanya pada sidang di ibu pejabat Perkasa di sini, Rabu.

Malah, Ibrahim berkata, beliau akan mencium  tangan Dr Mahathir jika terjumpa di mana-mana meskipun beliau mengelak atas dasar hormat kepada orang yang lebih tua.

"Kalau jumpa dia saya akan tetap cium tangan dia walaupun dia bawak lari tangan dia. Saya jenis hormat orang tua," katanya.

Bekas Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, beliau menolak untuk bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) atas tiga sebab utama iaitu parti itu bekerjasama dengan DAP, sokongan Dr Mahathir terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan agenda reformasi pembangkang.

"Sememangnya betul saya tak boleh terima DAP. Dalam ucapan dasar saya pada Ahad lalu saya dah jelas panjang lebar, amat komprehensif mengenai pendirian saya.

"Walaupun saya tolak DAP tidak bermaksud saya anti Cina, anti MCA dan anti Gerakan. Perkara pokok DAP ada doktrin Malaysian Malaysian. DAP berbeza kerana parti itu keluar dari rusuk PAP," katanya.

Jelas Ibrahim, beliau kecewa kerana Dr Mahathir melakukan tindakan berbeza dengan pendiriannya terhadap Anwar dan agenda reformasi pembangkang sebelum ini.

"Saya tak nak berdebat dengan Tun tapi ini pandangan saya. Dia bercakap tidak serupa bikin. Perbuatan Anwar buatkan dia tak boleh jadi pemimpin tapi Tun boleh terima. Tak apalah itu Tun. Namun saya tetap ingat pesanan beliau terutamanya mengenai DAP,"  katanya.

Pada masa sama beliau berkata, Dr Mahathir sepatutnya berterima kasih kepada dirinya kerana tidak menyertai PPBM kerana tidak mahu membawa masalah kepada pihak lain.

"Kalau saya masuk PPBM, mereka bekerjasama dengan DAP dan dalam manifesto ada agenda reformasi tentu saya akan ganyang kerana tak boleh terima.

"Akhir sekali menyusahkan mereka. Saya tak nak bawa masalah kepada orang lain. Saya ada pendirian saya sendiri," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Artikel Lain