Bau Busuk: Jamal Anggap Hidung Tun M 'Bernanah'

SHAH ALAM: Pemimpin Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos menganggap hidung Tun Dr Mahathir Mohamad 'bernanah' apabila pemimpin negara itu menyindir dirinya 'berbau busuk'.

Jamal berkata, beliau bagaimanapun tidak mempedulikan kenyataan Dr Mahathir kerana sedar dirinya wangi serta bersih dari segi luaran dan dalaman.

"Kalau saya kotor pun tak ada masalah, tapi orang sebelah kata saya sentiasa wangi, rakan-rakan media selalu rapat dengan saya pun tak pernah complaint.

"Mungkin hidung Tun M dah bernanah, bagi saya sebutan kotor tak ada masalah, banding Tun M makan wang rakyat untuk diberikan kepada anak-anak dan kroninya.

"Rakyat perlu sedar siapa Tun M sebenarnya," katanya kepada pemberita pada sidang media Bersih 7  di sini, Rabu.

Jamal mengulas kenyataan Dr Mahathir pada Selasa yang mendakwa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Bersih perlu 'dibersihkan' lagi, manakala Jamal perlu mandi 15 hari sekali kerana dirinya 'berbau busuk dari jauh'.

"Saya sebulan tak mandi tapi kerana jiwa dan hati saya bersih dan murni segala kekotoran di luaran saya akan dibersihkan daripada dalaman," katanya.

Jamal juga sempat menyindir Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk segera menyelesaikan masalah air di negeri ini untuk membolehkannya mandi, makan dan minum.

"Saya sampai sekarang tak mandi sebab saya tinggal di Ampang Selangor yang tak ada air, saya tak mandi tapi saya pakai perfume.

"Sebab tu saya datang sini, Azmin Ali tolong bagi perhatian kepada rakyat Selangor, bekalkan air bersih kepada rakyat supaya mereka boleh mandi, makan dan minum," katanya.

Artikel Sebelum

Anggota JPJ Maut Digilis Treler

Artikel Berikut

Klik

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Artikel Lain