suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

BN Tidak Terlibat Dengan Baju Merah - Liow

Liow Tiong Lai.

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) tidak terlibat dengan Baju Merah, kata Datuk Seri Liow Tiong Lai yang mengutuk tindakan keganasan kumpulan itu.

Presiden MCA berkata demikian bagi mengulas mengenai dakwaan bahawa anggota Umno merupakan sebahagian daripada kumpulan anti-Bersih 5.0, yang mengasari tiga wartawan dari The Star di Kuala Selangor pada Sabtu.

"Insiden itu tidak ada kena-mengena dengan Barisan, MCA atau parti-parti komponen lain," katanya kepada pemberita pada Ahad.

Liow yang mengutuk tindakan itu berkata, pihaknya tidak akan menyokong perhimpunan jalanan, konfrontasi keganasan dan buli.

Beliau meminta polis untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat.

Tambah Liow, banyak agenda badan bukan kerajaan (NGO) dipergunakan pembangkang, sehingga ia bertukar kepada konfrontasi.

Baju Merah, Bersih 5.0

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain