suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

CEO Star: Malaysia Tiada Tempat Untuk Pengamal 'Hukum Rimba'

PETALING JAYA: Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Media Star, Datuk Seri Wong Chun Wai mengutuk gangguan dan ugutan oleh individu daripada kumpulan Baju Merah terhadap wartawan.

Beliau berkata provokasi terhadap media yang membuat liputan konvoi Bersih 5.0 di Kuala Selangor adalah sama sekali tidak perlu.

Wong berkata, tiga wartawan dari The Star telah membuat laporan dan mengenal pasti individu yang terlibat kepada pihak polis.

"Kami berharap tindakan sewajarnya diambil dengan pantas.

"Malaysia tidak mempunyai tempat untuk orang yang mengamalkan hukum rimba dan samseng.

"Tiada siapa dibenarkan mengganggu dan menakut-nakutkan sesiapa sahaja terutamanya media yang sedang menjalankan tugas mereka," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Wong berkata tindakan individu-individu ini perlu dikutuk oleh semua rakyat Malaysia yang rasional dan sederhana tanpa mengira pendirian politik mereka.

Artikel Lain