suria

KP Imigresen Nafi Cadang Orang Awam Dapat Ganjaran Tangkap Pati

PETALING JAYA: Datuk Seri Mustafar Ali menafikan beliau mengeluarkan kenyataan berhubung ganjaran wang tunai kepada orang awam yang menangkap pendatang asing tanpa izin (Pati).

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat, Ketua Pengarah Imigresen itu berkata, cadangan sedemikian boleh menjejaskan keselamatan orang awam.

"Kemungkinan mereka akan bertindak di luar batasan undang-undang dan menyebabkan implikasi negatif dalam masyarakat," katanya.

Mustafar berkata demikian bagi menafikan laporan sebuah akhbar berbahasa Melayu pada Jumaat yang bertajuk 'Bantu tangkap Pati dapat duit'.

Laporan berkenaan memetik Mustafar sebagai berkata, menangkap Pati itu adalah sebahagian usaha Jabatan Imigresen dalam memerangi majikan serta sindiket yang mendalangi penyeludupan warga asing.

Mustafar berkata, Jabatan Imigresen turut menafikan laporan yang sama dalam akhbar berkenaan berkaitan cadangan membenarkan majikan yang memerlukan pekerja untuk memilih calon pekerja di tempat tahanan asing.



Imigresen, Mustafar Ali, pati

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Mat Motor Mengamuk Di Mahkamah

Artikel Lain