suria

Tiga ADUN PKR Sarawak Nafi Keluar Parti

KUCHING: Tiga Ahli Dewan Undangan Negera (ADUN) dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak menafikan laporan yang mendawak mereka akan meninggalkan parti untuk menyertai parti tempatan.

ADUN Ba'Kelalan, Baru Bian (gambar) mengulangi pendirian beliau bersama ADUN Batu Lintang, See Chee How dan ADUN Krian, Ali Biju tidak akan menyertai Parti Bumi Kenyalang (PBK).

"Pendirian kami seperti dimaklumkan oleh Chee How sebelum ini.

"Kami kekal bersama PKR," kata Bian pada Jumaat.

Pada 3 Oktober lalu, Chee How berkata, tiga ADUN PKR itu akan kekal bersama PKR dan Pakatan Harapan.

Isu itu tercetus selepas laporan akhbar tempatan yang menyebut tiga ADUN terbabit bertemu dengan pucuk kepimpinan PBK untuk berbincang menyertai parti itu.

Khabar angin itu menambah, perbincangan tersebut bermula selepas beberapa ahli politik di Sabah keluar dari PKR, DAP dan Umno untuk menyertai parti tempatan bagi memperjuangkan hak negeri.

PKR, Sarawak, Parti Bumi Kenyalang, PBK

Artikel Sebelum

Mat Motor Mengamuk Di Mahkamah

Artikel Berikut

Artikel Lain