12 Mangsa Terkandas Di Gunung Santubong Selamat - Semasa | mStar

12 Mangsa Terkandas Di Gunung Santubong Selamat

Gunung Santubong.

KUCHING: Seramai 12 pendaki terkandas ketika menuruni Gunung Santubong dengan salah seorang daripada mereka dipercayai terjatuh dan mengalami kecederaan di kaki kanan, malam Sabtu.

Bagaimanapun, kesemua pendaki iaitu 10 lelaki dan dua wanita dalam kumpulan itu berjaya dibawa turun oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Petrajaya pada pukul 10.23 malam.

Menurut jurucakap jabatan itu, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 5.48 petang sebelum lapan anggota dikerah ke lokasi kejadian.

"Pasukan penyelamat tiba pada pukul 7.26 petang di level 8, Gunung Santubong dan mendapati kumpulan pendaki itu dan seorang wanita dalam kumpulan itu cedera dan tidak boleh berjalan," katanya.

Menurutnya, pasukan penyelamat terpaksa menggunakan pengusung untuk membawa turun wanita tersebut dan anggota kumpulan pendaki itu selamat dibawa ke kaki gunung.

Katanya mangsa yang cedera kemudian diserahkan kepada anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) untuk dibawa ke Hospital Umum Sarawak bagi mendapatkan rawatan lanjut. - BERNAMA


Gunung Santubong , pendaki , terkandas

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Artikel Lain