suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Isteri Adun Sarawak Hilang Bukan Kes Culik - Polis

KUCHING: Polis menafikan isteri seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sarawak, yang dikatakan hilang sejak Khamis lepas, diculik.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar ketika dihubungi berkata kes itu membabitkan isu keluarga dan wanita berusia 41 tahun itu dijangka pulang ke pangkuan keluarganya dalam masa terdekat.

Pada Khamis lepas, ketika wakil rakyat berkenaan mahu menjemput isterinya yang dijadual tiba dari Kuching di Lapangan Terbang Mukah, beliau mendapati wanita itu tidak menaiki penerbangan berkenaan.

Adun berusia 50 tahun itu kemudian membuat laporan polis.

Media sebelum ini melaporkan wanita berkenaan dipercayai diculik.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain