suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

2,000 Umat Islam Sertai Majlis Doa Akhir, Awal Tahun Hijrah Di Masjid Negara

KUALA LUMPUR: Kira-kira 2,000 umat Islam menyertai majlis bacaan Yasin dan doa selamat sempena sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 2016/1438 Hijrah di Masjid Negara di sini, Sabtu malam.

Majlis itu dimulakan dengan bacaan al-Quran dari surah Al-Anbiya' oleh johan qari Tilawah al-Quran Antarabangsa 2012 Muhammad Anuar Ghazali.

Ia disusuli dengan bacaan doa akhir tahun 1437 Hijrah dan doa awal tahun 1438 Hijrah yang dipimpin Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad.

Syaikh Ismail kemudiannya mengimamkan solat Maghrib yang disusuli bacaan yasin, tahlil, doa selamat dan solat Isyak berjemaah.

Terdahulu, para hadirin mengikuti ceramah khas Maal Hijrah bertajuk 'Hijrah dan Perubahan' yang disampaikan dua penceramah bebas iaitu Maulana Wan Helmi dan Azmil Mustafa.

Sambutan Maal Hijrah 1438 bertema 'Ukhwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah' peringkat kebangsaan akan berlangsung di Taman Ekspo Agropertanian Malaysia Serdang (MAEPS) pada Ahad.

Sebanyak 105 kontinjen akan menyertai perarakan sejauh 1.7 kilometer melibatkan 10,000 peserta daripda agensi kerajaan dan swasta, badan beruniform, pertubuhan bukan kerajaan dan pelajar.

Maal Hijrah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain