13 Kanak-Kanak Disahkan Positif Rotavirus Di Kedah - Semasa | mStar

13 Kanak-Kanak Disahkan Positif Rotavirus Di Kedah

ALOR SETAR: Sejumlah 13 daripada 17 kanak-kanak yang menerima rawatan di hospital kerana mengalami muntah dan cirit-birit selepas mandi di taman tema air Bukit Merah Lake Town Resort, Perak, disah positif Rotavirus.

Pengarah Kesihatan Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail berkata tiga lagi kes masih menunggu keputusan ujian makmal dan satu kes diberi rawatan pesakit luar.

"Sejumlah 13 kanak-kanak masih dirawat di hospital dan dilaporkan stabil manakala tiga lagi telah dibenarkan keluar," katanya dalam kenyataan di sini, Sabtu.

Kesemua mangsa dimasukkan ke hospital akibat muntah dan cirit-birit setelah berkunjung ke taman tema itu pada 28 Sept lalu, dengan tujuh kes pertama direkodkan pada hari yang sama.

Susulan itu, dua kes lagi direkodkan masing-masing pada 29 dan 30 September, serta enam kes baharu hari ini membabitkan kanak-kanak berumur antara setahun dan sembilan tahun.

Dr Norhizan berkata daripada enam kes baharu hari ini, tiga daripadanya dirawat di sebuah hospital swasta di Sungai Petani, tiga di Hospital Kulim dan seorang dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Selama, Perak.

Rotavirus adalah sejenis virus yang menyebabkan jangkitan perut dan usus dan sering menyerang kanak-kanak terutamanya yang berumur lima tahun ke bawah dengan gejala seperti cirit-birit, muntah, demam dan sakit perut.

Rotavirus

Artikel Sebelum

Jangan Tempah Baju Politik Awal - Zahid

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain