suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kumpulan Baju Merah Demo Desak Guan Eng Letak Jawatan

GEORGE TOWN: Konvoi bermotosikal kumpulan 'baju merah' berkumpul di Persiaran Gurney di sini pada petang Sabtu bagi menggesa peletakan jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Sekurang-kurangnya 100 anggota polis daripada pasukan Light Strike Force (LSF) telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Orang ramai melaungkan 'undur Guan Eng' dan menggesa Bersih 2.0 membatalkan perhimpunan yang dirancang diadakan di Kuala Lumpur pada 19 November depan.

Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Rafizan Abdul Rahim berkata kumpulan belia parti itu akan mencabar Bersih 2.0 jika perhimpunan itu diteruskan.

Selain itu Rafizan berkata kumpulan turut merancang untuk berkumpul di Komtar.

Artikel Berikut

Artikel Lain