suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

18 Pendaki Terkandas Di Gunung Jerai - Bomba

Gambar fail Gunung Jerai.

SUNGAI PETANI: Lapan belas pendaki terkandas di Gunung Jerai, pada kedudukan 600 meter dari aras laut berdekatan laluan Bukit Hangus, apabila seorang rakan mereka terjatuh dan mengalami kecederaan ketika hendak menuruni laluan gunung itu pada Sabtu.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Nur Hafizah Mohd Lokman berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 6.42 petang tadi sebelum Balai Bomba Sungai Petani tiba kira-kira setengah jam kemudian.

Beliau berkata laporan awal komander operasi menyatakan enam pendaki wanita dan 12 pendaki lelaki terkandas di Gunung Jerai berdekatan laluan Bukit Hangus apabila seorang rakan perempuan mereka berusia 21 tahun cedera pada kakinya akibat tergelincir dan tidak boleh bergerak.

"Tindakan mencari dan menyelamat (SAR) dengan mendaki dari Lembah Bujang ke lokasi mangsa dilakukan bersama renjer hutan, malim gunung dan Polis bermula 9 malam tadi dengan jarak dari pusat operasi ke lokasi mangsa adalah kira-kira 3.4 kilometer," katanya dalam kenyataan malam ini.

Susulan itu, sebuah pos kawalan bencana dibuka di Gunung Jerai dan SAR malam ini melibatkan 10 anggota Bomba Sungai Petani, renjer hutan (1), Polis (2), malim gunung (8) dan Pasukan Bomba Sukarela Sungai Petani (6).

Gunung Jerai

Artikel Lain