suria

BN Belum Bincang Agihan Kerusi - Liow

Liow Tiong Lai.

KUALA LUMPUR: Tiada sebarang perbincangan mengenai pengagihan kerusi dan walaupun ada, ia perlu diputuskan atas persetujuan bersama, kata Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

"Kini sudah tiba masanya untuk membuat persedian bagi menghadapi pilihan raya umum dan lebih penting memastikan perpaduan dalam Barisan Nasional (BN).

"Kami gembira melihat semangat yang sangat baik dalam BN.

"Jika adanya rundingan atau perbincangan (mengenai pengagihan kerusi) ia perlu persetujuan bersama. Buat masa ini, kami belum membincangkannya lagi," katanya pada sidang media selepas mesyuarat agung tahunan Gerakan Belia Bersatu Malaysia di sini, Ahad.

Liow berkata demikian bagi mengulas laporan Pemuda Umno mahu bertanding di kerusi Parlimen Bandar Tun Razak.

Pada 2013, kerusi itu ditandingi Naib Pengerusi Pemuda MCA, Tan Kok Eng yang tewas kepada bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

MCA, pengagihan kerusi, BN

Artikel Lain