suria

Dr M Akhiri Jawatan Dengan 'Gagal Hina' - Musa Hitam

PETALING JAYA: Tempoh 22 tahun Tun Dr Mahathir Mohamad memegang  jawatan sebagai Perdana Menteri dianggap sebagai 'gagal hina' oleh bekas timbalannya, Tun Musa Hitam.

Musa yang melancarkan sebuah buku bertajuk 'Frankly Speaking'  baru -baru ini telah mendedikasi satu bab khas mengenai pentadbiran Dr Mahathir serta mendedahkan kekuatan dan kelemahan bekas perdana menteri itu.

Beliau berkata, Dr Mahathir merupakan seorang berwawasan yang telah melakukan banyak pembangunan untuk negara, namun gagal melatih dalam mencari penggantinya.

Mengimbas kembali ketika memimpin negara bersama Dr Mahathir sebelum ini, Musa memberitahu bahawa bekas perdana menteri itu seorang yang amat teliti dan akan membuat catatan ketika menghadiri setiap mesyuarat.

Beliau juga turut memuji kebangkitan Malaysia dalam arena global oleh Dr Mahathir yang lebih teratur dan menggunakan pendekatan pengurusan mikro.

Namun ketika perkataan  taat, inovatif dan teliti digunakan bagi menggambarkan sikap bekas ketuanya itu, mereka juga menggelarkan beliau sebagai "autoritarian, penuh kebencian dan suka bergaduh."

Musa berkata, Dr Mahathir mungkin melibatkan diri, tetapi lebih suka menjadi pihak berkecuali ketika sesi dialog atau debat diadakan.

"Perbincangan dan debat tidak pernah diadakan ketika itu," jelasnya. 

Tambah Musa, satu lagi sikap negatif yang ada pada Dr Mahathir adalah beliau selalu mengkritik orang Melayu.

"Secara mendalam, beliau boleh membenci dan merendahkan mereka. Dalam beberapa kali, ketika rakaman beliau berkata 'orang Melayu bodoh".

Selain itu, buku Musa yang dilancarkan pada Rabu lalu turut memuatkan beberapa isu termasuk pendidikan dan bahasa ketika beliau memangku jawatan timbalan perdana menteri.

Beliau juga turut menjelaskan implikasi peristiwa bersejarah yang berlaku ketika memegang jawatan tersebut termasuk insiden Memali 1985, pilihan raya Sabah dan krisis politik di Sarawak.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain