suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zahid Beri Amaran Kepada Individu Layari Akhbar IS

BAGAN DATOH: Cawangan Khas (SB) sedang memantau aktiviti berkaitan dengan akhbar edisi Bahasa Melayu yang dipercayai diterbitkan oleh kumpulan militan IS.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tindakan akan diambil terhadap mereka yang melihat atau memuat turun artikel penerbitan itu menerusi Internet.

"Kami ada peraturan yang boleh digunakan untuk mengenakan tindakan terhadap mereka yang melayari atau mencetak bahan-bahan penerbitan itu.

"Polis juga mempunyai sebuah unit khas untuk memantau aktiviti dan komunikasi melalui rangkaian dalaman dan luaran," katanya pada majlis sambutan Hari Guru peringkat Hilir Perak di SM Sains Bagan Datoh pada Selasa.

Ahmad Zahid berkata polis tidak mendapat salinan cetakan akhbar itu tetapi mereka telah melayarinya menerusi versi dalam talian.

"Kami tahu niatnya adalah untuk mendapatkan sokongan daripada pihak yang bersimpati terutama mereka yang tahu Bahasa Malaysia.

"Kira-kira 90 peratus propaganda IS menggunakan media sosial.

"Mereka tahu generasi muda (Gen Y) mudah dipengaruhi menerusi teknologi terkini," katanya.

IS, Ahmad Zahid Hamidi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain