suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

APMM Jumpa Mayat Warga Thailand Terapung Di Laut

ALOR SETAR: Mayat seorang lelaki warga Thailand ditemukan terapung di dalam laut kira-kira 1 batu nautika dari muara Kuala Kedah kira-kira 8.47 pagi Selasa.

Mangsa dikenali Mr Chaloemchai Khoikam, 24, berasal dari Suratani, Thailand ditemukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) ketika melakukan rondaan di kawasan tersebut.

Pengarah Maritim Pangkalan Kuala Kedah, Leftenan Komander Maritim Ahmad Kamal Mohd Noor berkata mayat mangsa lengkap berpakaian dan turut menemukan dokumen milik mangsa.

"Mayat mangsa dibawa ke jeti Jabatan Perikanan Kuala Kedah untuk diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Mohd Rozi Jidin dalam kenyataan berkata tiada unsur jenayah pada mayat mangsa dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

APMM

Artikel Lain