suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Guru Besar Galak Pelajar Minum 'Air Ajaib'

KLANG: Seorang guru besar di sekolah jenis kebangsaan di sini telah menimbulkan kemarahan ibu bapa kerana didakwa menggalakkan pelajar meminum 'air ajaib' yang dikeluarkan oleh pergerakan agama.

Menurut ahli lembaga pengelola SJK (C) Pandamaran A, Choo Kim San, guru besar berkenaan mendakwa air tersebut mempunyai kuasa untuk menjadikan pelajar lebih bijak.

"Dia telah melakukannya sejak empat tahun lalu. Kami berkali-kali meminta beliau berhenti tetapi masih terus dengan amalan itu," katanya pada sidang media di pejabat MCA Klang di sini, Khamis.

Sidang akhbar itu dianjurkan oleh Timbalan Ketua Perkhidmatan bahagian Pengaduan Awam MCA Klang, Datuk Tan Bok Koon.

Guru besar itu juga telah meletakkan kain rentang di seluruh sekolah bagi tujuan promosi 'air ajaib' malah memasang mesin layan diri untuk pelajar membeli air botol.

Air itu dibungkus oleh pergerakan Bai Shi Yin Guang Li Liang Ke Ji Yan Jiu Yuan yang mempromoasikan "kebijaksanaan teknologi cahaya" untuk membersihkan diri seseorang daripada perkara negatif.

"Guru-guru juga membawa pelajar yang lemah dalam pelajaran ke pejabat guru besar di mana dia akan memercikkan air ke atas mereka," kata Tan sambil menambah bahawa beliau menerima beberapa aduan daripada ibu bapa berhubung perkara itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain