suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

RUU Hudud Tidak Jejas Undi PAS

KUALA LUMPUR: Pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Ahli Persendirian mengenai hudud tidak akan menjejaskan undi bukan Islam dalam pilihan raya kecil akan datang, demikian menurut Ketua Pemuda PAS.

Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata kepada pemberita di lobi Parlimen bahawa ahli PAS telah dimaklumkan mengenai pembentangan Rang Undang-undang itu sejak lebih seminggu yang lalu.

"Presiden parti berbincang dengan kami minggu lepas.

"Kami konsisten berhubung pembentangan RUU persendirian dan InsyaAllah, ia akan diluluskan. Jika tidak, kami akan cuba lagi," katanya yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas.

Beliau berkata, PAS yakin bahawa pembentangan Rang Undang-Undang itu tidak akan menjejaskan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) di Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

"Kami yakin bahawa ia akan memberi kredit kepada PAS dan umat Islam," katanya.

RUU Hudud, Nik Mohamad Abduh

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain