suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki Maut Dihempap Paip Besi

GEORGE TOWN: Seorang pekerja kontrak maut dihempap paip besi seberat satu tan di tapak projek perumahan di Permatang Damar Laut, dekat sini Jumaat.

Choo Ben Tong, 48, yang cedera parah di kepala dan badan mati di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Balik Pulau untuk bedah siasat.

Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, DSP Siti Norsalawati Saad berkata, kejadian berlaku pada 1.20 tengah hari ketika Choo sedang membantu rakan sekerjanya memantau proses mengangkat besi paip dari dalam sebuah lori. 

"Tayar lori yang dipandu rakan mangsa dikatakan terjatuh ke dalam lubang berhampiran pintu masuk tapak projek dan sebuah jentera berat diguna untuk mengangkat besi di atas lori itu.

"Semasa proses mengangkat besi daripada lori itu tiba-tiba batang besi itu terjatuh dan menimpa mangsa," katanya di sini, Jumaat. Foto Bernama

Artikel Lain