Buruh Indonesia Maut Dihempap Konkrit - Semasa | mStar

Buruh Indonesia Maut Dihempap Konkrit

TEMERLOH: Seorang buruh binaan warga Indonesia maut akibat dihempap dinding konkrit yang runtuh semasa sedang melakukan kerja baik pulih bahagian dapur sebuah rumah di Taman Intan, Jalan Bahagia di sini, Jumaat.

Penolong Penguasa Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh, Hasanuddin Hassan berkata, mangsa yang dikenali sebagai Sarifi Sarip, 59, dipercayai gagal melarikan diri semasa dinding konkrit itu tumbang pada pukul 11.30 pagi.

"Kejadian itu menyebabkan seluruh badan mangsa tersepit di bawah dinding sepanjang lima meter dengan lebar kira-kira 5.6 meter. 

"Mayat mangsa berjaya dikeluarkan kira-kira setengah jam kemudian dan bomba menghadapi sedikit kesukaran ekoran keadaan dinding yang agak padu serta kedudukan mangsa yang terperangkap di bawah dinding," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Hasanuddin berkata, pihaknya tidak menolak kejadian berpunca akibat mendapan di bahagian kerja baik pulih dilakukan, namun siasatan lanjut masih diteruskan. 

Beliau juga memaklumkan mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di sini, untuk bedah sisat. - Bernama

Artikel Sebelum

PRN-11 Adalah Terakhir Bagi Adenan

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

PFA lepaskan Muhammad Zafuan serta-merta

Li Rui dilantik jurulatih terjun